sayangilah alam sekitar kita. bumi semakin tua !Pemanasan Global - Bumi Semakin Panas!!!Fenomena pemanasan global semakin hangat dibincangkan. Protokol demi protokol dikeluarkan...bermacam resolusi terhasil di setiap persidangan antarabangsa anjuran badan-badan dunia, namun ia tetap saja tidak membuahkan hasil. Kuasa besar seperti Amerika Syarikat masih gagal mematuhi Protokol Kyoto dengan alasan ia akan memusnahkan ekonomi negara polis dunia itu.Pemanasan global...apakah punca-puncanya? Ramai yang beranggapan pemanasan global berlaku akibat pencemaran yang dilakukan manusia melalui pelepasan gas-gas berbahaya seperti klorin dan karbon monoksida ke udara. Gas-gas ini lantas bertindakbalas dengan lapisan ozon di atmosfera lalu menghakisnya. Lalu, lebih banyak cahaya matahari dapat menembusi bumi, dan bum bertambah panas. Ini pendapat tradisional yang cukup popular....dan ia memang betul, antara penyebab kenapa bumi semakin panas. Namun, tahukah anda bahawa pencemaran (baca pelepas gas) yang dihasilkan oleh manusia (industri & fisiologi) sebenarnya hanya menyumbang sekitar 5% kepada pencemaran udara. Faktor pencemaran yang lebih besar ialah letusan gunung berapi, proses pereputan semulajadi bahan-bahan seperti daun, haiwan dan lain-lain ke dalam tanah, proses penyejatan air di laut dan pelbagai lagi. Kesemua ini membebaskan gas-gas merbahaya ke udara dalam kuantiti yang jauh lebih besar. Faktor lain yang boleh dikaitkan kenapa bumi menjadi semakin panas adalah perihal aktiviti matahari yang akan mencapai tahap maksimumnya pada 2012 nanti. Ketika ini, banyak sekali letusan solar berlaku di permukaan matahari, disamping beberapa siri ribut magnetik kecil-kecilan yang direkodkan NASA dan ESA. Faktor ini mungkin tidak sepopular faktor pencemaran industri yang dilakukan manusia, kerana tidak ramai yang mengetahui kejadian ini. Lapisan dalam kerak bumi yang semakin memanas juga adalah faktor yang dikatakan menjadi penyumbang tentang isu pemanasan global ini. Teras bumi dikatakan agak tidak stabil ketika ini disebabkan beberapa siri gempa bumi besar yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ini. Ketidakstabilan ini juga berpunca daripada pengaruh "magnetic force" dan "pole shift" yang kini melanda bumi (atau bakal terjadi). Saintis masih mengkaji fenomena ini secara lebih dekat dan terperinci. Ok. Tinggalkan sekejap hal-hal "tradisional" tentang pemanasan global ini. Cuba berfikir lebih jauh, dalam konteks bumi ini sendiri...kenapa ia menjadi lebih panas? Beberapa siri kajian (pernah diterbitkan sebagai dokumentari beberapa tahun lepas - tapi bukan di stesen tv Malaysia) pernah dan sedang dilakukan oleh beberapa kumpulan saintis terkemuka dunia, di beberapa tempat di muka bumi ini. Data-data mengenai suhu bumi juga telah berjaya dikumpul dan dianalisa, dan hasilnya agak mengejutkan dan menjadi perdebatan hangat sedikit masa dulu. Dalam tempoh-tempoh masa tertentu, permukaan bumi memang akan menjadi panas, sehingga ke suatu kemuncak sebelum ia mula kembali menyejuk. Hal ini pernah dicatatkan pada tahun-tahun 1930-an, 1963-1971 dan sekitar sebelum milenium. Pemanasan bumi berlaku dari unsur-unsur dari dalam bumi ini sendiri (teras bumi) sebelum kembali menyejuk. Terdapat segelintir saintis berteori bahawa ini sebenarnya adalah cara untuk bumi menstabilkan strukturnya dan adalah suatu hal yang tidak perlu dibimbangkan. Fenomena yang berlaku ada tahun-tahun 1930-an menjadi bukti yang kuat bilamana suhu bumi meningkat secara mendadak untuk tempoh selama beberapa tahun sehingga mencapai titik puncak, sebelum secara berterusan mencatatkan penurunan global, sehingga mencetuskan ketakutan munculnya zamain ais baru pada waktu itu. Kebanyakan negara di Eropah dilitupi salji sepanjang tahun (negara berhampiran kutub seperti Norway, Denmark etc). Adakah pemanasan yang berlaku kali ini juga sebegitu? yang mana bumi akan kembali menjadi sejuk secara beransur-ansur selepas mencapai kemuncak pemanasan dan terasnya kembali menjadi stabil? Ia sangat menarik untuk dibahaskan.... Walau apapun, jadilah seorang yang bertanggungjawab kepada bumi. Kurangkan penggunaan plastik, kimia dan amalkanlah kitar semula. Sedikit sumbangan anda amat besar jasanya untuk generasi yang akan datang. |
No comments:
Post a Comment